Pengurus Inter Milan, Simone Inzaghi, menggesa anak buahnya agak tidak berlebihan dilanda kekecewaan di sebalik tumbang 0-1 kepada Manchester City dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
Manchester City menepati ramalan apabila melengkapkan kejuaraan 'treble' hasil jaringan tunggal Rodri pada minit ke-68 tetapi Inzaghi mahu barisannya tetap berbangga atas pencapaian mereka ke pentas final UCL.
“Saya mengucapkan tahniah kepada pemain,” katanya.
"Mereka hebat, mereka memberikan satu persembahan yang hebat. Kami tewas dalam perlawanan akhir yang kami mahu menangi dalam segala cara tetapi mereka haruslah tetap berbangga.
"Saya tidak akan menukar pemain ini untuk sesiapa dan hari ini seluruh dunia melihat sebabnya. Kami bolos sedikit ketika menentang pasukan yang begitu mantap. Kami mempunyai banyak kekesalan tetapi kami haruslah berbangga.
"Adalah menjadi perkara biasa untuk menyesal. Kalah adalah perkara paling teruk dalam sukan. Pada masa sama, pemain perlu berbangga dengan musim ini dan prestasi dalam final ini."
Menurutnya lagi: "Ini adalah bola sepak dan daripada kekecewaan inilah anda berkembang. Saya masih tertanya-tanya bagaimana mungkin kami tidak kebuntuan gol. Jelas sekali layak lebih.
"Perlawanan akhir ini boleh menjadi pembakar semangat untuk mencuba lagi musim depan.
"Mereka membuktikan bahawa mereka boleh bermain di peringkat ini. Kami mempunyai banyak peluang dan kami berhak mendapat lebih. Ini adalah taktikal dan kami boleh melakukannya dengan lebih baik lagi."

Inter Milan Coach Simone Inzaghi: ‘Proud Of Our Journey In UCL, We Showed Everyone That We Never Start Already Beaten’ #IMInter #InterMilan #FCIM https://t.co/UFcBqsJ1A4
— SempreInter.com (@SempreIntercom) June 10, 2023