Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, percaya Carlo Ancelotti pasti menganggap kempen Liga Juara-Juara (UCL) mereka sudah berakhir selepas Real Madrid tumbang 2-5 di Anfield, awal pagi tadi.
The Reds bermula garang dengan dua gol awal dalam tempoh 15 minit menerusi Darwin Nunez dan Mohamed Salah, tetapi mereka kini berdepan tugas perit untuk memadam defisit jaringan di Madrid pada 16 Mac depan.
Kekalahan itu merupakan kali pertama The Reds dibolosi lebih empat gol di kandang sendiri di peringkat Eropah.
Ancelotti menegaskan bahawa perlawanan itu masih bersisa di sebalik bekalan selesa yang diraih, namun Klopp yang tetap menaruh harapan mengakui adalah sukar untuk mengubah senario semasa.
"Saya fikir Carlo pasti menganggap pertemuan ini sudah berakhir dan begitu juga dengan saya ketika ini," kata pengurus berbangsa Jerman itu kepada pemberita.
"Tetapi dalam tempoh tiga minggu lagi, makin anda menghampiri hari perlawanan maka makin besar peluang kami dan makin kurang terasa bahawa ia sudah berakhir.
"Malam ini, dengan keputusan 2-5, mereka cukup handal dalam serangan balas dan kami perlu menjaringkan tiga gol di sana dan mengambil risiko, ia mungkin agak merumitkan.
"Kami akan bertandang ke sana untuk cuba memenangi perlawanan. Sama ada ia berhasil atau tidak, saya masih tidak pasti tetapi itulah yang kami cuba lakukan dan dari sana kita akan lihat."

4 - Liverpool have conceded four goals in a home European match for the first time ever. Shocked.
— OptaJoe (@OptaJoe) February 21, 2023