Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Gol tunggal Lodi pastikan Atletico singkir Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

renan-lodi.jpg
MANCHESTER UNITED 0 ATLETICO MADRID 1
(Atletico ke suku akhir dengan kelebihan agregat 1-2)

Renan Lodi memacu Atletico Madrid ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan jaringan tunggalnya, yang memastikan kemenangan 1-0 pasukan itu ke atas Manchester United di Old Trafford awal pagi tadi.

Selepas terikat 1-1 dalam perlawanan pertama pusingan 16 tiga minggu lalu, gol tandukan Lodi hasil lintangan Antoine Griezmann dalam separuh masa pertama itu memastikan kelebihan agregat 2-1 buat pasukan juara bertahan LaLiga berkenaan.

Anthony Elanga menjaringkan gol buat United di Madrid tetapi gagal menyudahkan hantaran Bruno Fernandes -- yang kembali dalam kesebelasan utama selepas pulih daripada jangkitan COVID-19 -- pada awal permainan.

Atletico kemudian lebih gemar bertahan selepas jaringan pertama Lodi dalam UCL, sekali gus menyukarkan pemburuan gol penyamaan United dan menghantar mereka ke suku akhir buat kali kedua dalam tiga musim terakhir.

Seterusnya, Atletico akan menghadapi Rayo Vallecano bagi saingan LaLiga hujung minggu ini manakala United pula akan berehat panjang sehingga pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Leicester City di Old Trafford pada 2 April depan.
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 20 Jan
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Club Brugge-team-logo Club Brugge

Must Watch Video