Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, akur bahawa dia perlu mengubah pasukannya menjadi lebih baik sambil menyeru anak buahnya supaya memikul lebih banyak tanggungjawab.
Kekalahan 0-1 kepada Bayern Munich menyaksikan kempen Eropah buat The Red Devils berakhir di kedudukan tercorot Kumpulan A dengan catatan mata terendah selain rekod bolos yang tinggi.
“Kami sedar kami mahu menjadi lebih tekal; Sebagai pengurus saya perlu memperbaiki pasukan dan membimbing mereka dan pemain juga perlu bertanggungjawab,” katanya kepada TNT Sports.
Ditanya sama ada dia kesal dengan kempen Eropah sudah berakhir, dia menambah: “Tidak, saya tidak menyesal. Kami mahu bersaing dalamnya dan sasaran sentiasa berada di dalamnya sepanjang musim sejuk.

“Kami gagal dan kami perlu menerima hakikatnya dan belajar daripadanya.
“Begitupun, kami menyajikan aksi menarik dalam UCL: Rasmus Hojlund mencetak lima gol dan dia perlu membawa keyakinan itu ke dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
“Ia mustahak demi keseluruhan pasukan selepas beberapa persembahan yang baik dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana kami pastinya mahu kembali ke UCL sekali lagi dan jadi kami perlu layak menerusi tiket liga.”