Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Dianggap hadir dari liga lemah, PSG atasi setiap kelab England dalam perjalanan ke final!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hakimi.jpg
Paris Saint-Germain mara ke final Liga Juara-Juara 2024/25, dan bukan sekadar corak permainan yang baik. Gergasi Perancis itu melakar kejayaan yang tidak mungkin dalam dicapai mana-mana pasukan: mereka mengatasi setiap kelab England.

Dari peringkat kumpulan sehinggalah ke separuh akhir, skuad kendalian Luis Enrique telah menyingkirkan Manchester City, Liverpool, Aston Villa, dan Arsenal -- membuktikan bahawa versi PSG ini dibina untuk melakar kejayaan.

Empat pasukan England, empat kemenangan penting

Peringkat Kumpulan: Menewaskan juara bertahan, Manchester City di Parc des Princes menerusi persembahan taktikal yang cukup mengagumkan.
Pusingan 16 : Menyingkirkan Liverpool dengan kombinasi kebijaksaan dan aksi klinikal.
Suku Akhir: Mengatasi Aston Villa dengan aksi penuh dominasi.
Separuh akhir: Mengatasi Arsenal 3-1 secara agregat, gol daripada Fabián Ruiz dan Achraf Hakimi dalam aksi kedua.

Dengan pendekatan yang lebih kolektif, disiplin taktikal, dan keseimbangan merentasi semua barisan, pasukan PSG ini tidak lagi bergantung kepada kecemerlangan individu. Pengaruh Luis Enrique tidak dapat dinafikan: tekanan tinggi, pemilikan bertujuan, dan peralihan pantas menentukan identiti pasukan.

Pemain seperti Gianluigi Donnarumma, Warren Zaïre-Emery, Fabián Ruiz, Hakimi, dan Ousmane Dembélé telah meningkat, membantu membentuk kuasa besar Eropah yang sebenar.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video