BENFICA 2 AJAX 2
Ajax dua kali berada di depan tetapi pada akhirnya diikat 2-2 oleh Benfica dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Estadio da Luz awal pagi tadi.
Pasukan bimbingan Eric ten Hag itu cemerlang dengan himpunan 20 gol sepanjang aksi peringkat kumpulan dan berada di depan dalam pertemuan kali ini menerusi jaringan Dusan Tadic pada minit ke-18.
Bagaimanapun, Hantaran licik daripada Jan Vertonghen menyaksikan Haller terjaring gol ke gawang sendiri pada minit ke-25 tetapi penyerang Ajax itu hanya memerlukan empat minit untuk menebus kesilapannya dan kembali meletakkan pelawat depan pada minit ke-29 -- Haller turut menjadi pemain kelima menjaringkan gol dalam tujuh perlawanan berturut-turut kejohanan Eropah itu.
Ternyata tiada sebarang ruang keselesaan buat pasukan Belanda itu apabila Roman Yaremchuk kembali menyamakan kedudukan buat Benfica pada 18 minit terakhir, sekali gus menyaksikan perlawanan kedua di Johan Cruijff Arena pada 15 Mac depan akan menjadi penentu pasukan mana yang akan ke suku akhir.