Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Arsenal layak bersaing dengan kelab elit

mikel-arteta.jpg
PSV 1 ARSENAL 1

Mikel Arteta percaya Arsenal telah membuktikan kewibawaan mereka di peringkat kumpulan dan bersaing sengit dalam Liga Juara-Juara (UCL).


The Gunners seri 1-1 di PSV Eindhoven dalam pertembungan terakhir Kumpulan B awal pagi tadi dengan kedua-dua kelab sudah pun mengesahkan tempat ke pusingan 16 sebelum sepak mula di Belanda berkenaan. 

Arteta membuat lapan rombakan untuk perlawanan ini dengan Eddie Nketiah meledak gol sulungnya dalam UCL ketika meletakkan mereka di depan sebelum penyudah licik Yorbe Vertessen menjadikan keputusan seimbang. 

Kelab London itu sudah pun di laluan selamat sebagai juara kumpulan apabila kembali ke peringkat elit bola sepak Eropah selepas tujuh tahun tidak bersaing dan pengurus itu berasakan barisannya telah membuktikan mereka bahawa layak berada di tangga teratas.

“Secara keseluruhan, saya fikir, sangat positif,” katanya dalam sidang akhbarnya ketika ditanya bagaimana prestasi kepulangan Arsenal ke UCL. 

“Setelah tidak menyertai UCL selama hampir tujuh tahun dan dengan pasukan mentah, saya fikir kami telah bersaing dengan sangat baik.


 

“Saya sangat menyukai pendekatan pemain-pemain dalam setiap perlawanan, cara kami cuba memperagakan identiti permainan tersendiri.

"Kami mempunyai beberapa keputusan menarik dan menimba pengalaman berharga seperti yang kami alami di Seville mahupun Lens, atau hari ini melihat bagaimana pasukan bertindak dan betapa adilnya untuk memberi pemain tertentu pendedahan seperti ini apabila anda membuat banyak rombakan. 




“Secara keseluruhannya, kami patut mengesahkan kedudukan teratas ketika berbaki satu perlawanan lagi, kami perlu berasa sangat gembira. 

"Kini kami perlu menutup bab itu hingga Februari depan selain memastikan apabila kancah ini bersambung, kami berada di tempat terbaik untuk bersaing di samping pasukan teratas yang lain.”

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video