UCL
UCL: Arsenal akan belajar daripada keperitan ini -- Odegaard
PSG 2 ARSENAL 1
(PSG mara dengan agregat 3-1)
Martin Odegaard menggesa Arsenal agar menggunakan keperitan kekalahan kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi sebagai motivasi untuk bergerak ke hadapan.
The Gunners dikalahkan 2-1 di Parc des Princes yang menyaksikan Bukayo Saka meraih gol sagu hati lewat permainan selepas pelawat dihukum jaringan Fabian Ruiz dan Achraf Hakimi.
Iklan
“Di antara kotak penalti yang kami melakukannya dengan baik tetapi dalam dua perlawanan ini kami masih tidak cukup bagus.
"Pujian buat penjaga gol mereka yang begitu tangkas. Ia tidak mencukupi dan itu menyakitkan.
"Di dalam kotak penalti terutama hari ini, apa yang kami lakukan dengan bola di antara kotak penalti, kami menguasai bola dan mengawal permainan dari awal. Kami tidak cukup berbisa di dalam kotak penalti dan di situlah kami kehilangannya.
"Ia menyakitkan, kami mahu melakukan perkara besar, mencapai matlamat dalam liga mahupun Liga Juara-Juara (UCL). Ini satu kekecewaan besar tetapi kami perlu kekal kental dan utuh. Kami perlu mengmbil pengajaran, ambil kesakitan dan gunakannya untuk kembali lebih kuat.
"Kami perlu belajar daripada ini. Kami melakukan banyak perkara yang baik tetapi ia masih tidak mencukupi. Di depan gawang adalah di mana permainan ditentukan dan di situlah kami harus lebih tajam.
"Kami perlu menggunakan kesakitan ini dengan baik.
Must-Watch Video