Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Andre Onana, Harry Maguire wira Manchester United

onana.jpg
MAN UTD 1 COPENHAGEN 0 

Erik ten Hag memuji penjaga gol, Andre Onana, kerana mengetepikan permulaan yang sukar di Manchester United dan menjadi penyelamat dalam usaha skuadnya menghidupkan peluang dalam Liga Juara-Juara (UCL) ketika menentang Copenhagen.


Setelah memulakan Kumpulan A dengan kekalahan kepada Bayern Munich dan Galatasaray, The Red Devils tidak lagi mampu melakukan sebarang kesilapan ketika menentang juara Denmark itu dalam pertemuan Old Trafford, awal pagi tadi. 

Onana menampilkn prestasi buruk dalam kedua-dua kekalahan awal UCL mereka tetapi menebus kesilapan tersebut dalam satu kesimpulan yang menarik bagi perlawanan pertama di tempat sendiri yang penuh emosi itu sejak kematian Sir Bobby Charlton.


Penjaga gawang United itu menyelamatkan sepakan penalti, Jordan Larsson, pada masa kecederaan yang menjadi sentuhan terakhir perlawanan selepas tandukan Harry Maguire dalam babak kedua mengesahkan kemenangan 1-0.

 

"Dia menunjukkan keperibadian yang tinggi dan dia sedar bahawa aksi sebelum ini bukanlah di tahap prestasi sebenarnya," kata pengurus itu mengenai pembelian musim panas dari Inter Milan berkenaan.  

“Dia sepatutnya boleh melakukannya dengan lebih baik.

“Saya rasa ketika menentang Sheffield United, dia menampilkan satu persembahan yang sangat baik dan begitu juga hari ini.

“Selain itu, jangan lupa tindakannya ketika mematahkan serangan balas sebaik permainan bersambung. 

"Tetapi sudah tentu ia adalah salah satu daripada kemahirannya, dia adalah penyelamat penalti yang sangat bagus."

Advertisement

Must Watch Video