Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Ancelotti akui Mbappe sukar untuk dihalang

mbappe_2.jpg
Carlo Ancelotti mengiktiraf Real Madrid tidak mempunyai jawapan kepada Kylian Mbappe dalam kekalahan awal pagi tadi kepada Paris Saint-Germain, mengakui penjaring gol kemenangan perlawanan itu 'tidak dapat dihalang'.

PSG meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Madrid di Parc des Princes untuk mendahului perlawanan pertama menjelang aksi timbal balik di Santiago Bernabeu bulan depan.

Mbappe mendapat gol penentu tepat pada penghujungnya, melepasi beberapa pemain pertahanan sebelum merembat bola mengatasi Thibaut Courtois.

Tetapi Mbappe mengganas di benteng pertahanan Real sepanjang perlawanan, meraih tujuh percubaan secara keseluruhan hingga memaksa Courtois berkerja keras sepanjang perlawanan.

Mbappe turut memenangi sepakan penalti yang gagal disempurnakan Lionel Messi, dengan penyerang Perancis itu bangkit menentang kelab yang ramai menjangkakan dia akan menyertainya pada penghujung musim ini.

Ancelotti jarang mengelak daripada menyatakan kekagumannya terhadap Mbappe, dan dia menyanjung penampilan pemain berusia 23 tahun itu.

"Mbappe tidak dapat dihalang," Ancelotti menerusi Marca.

"Kami telah cuba mengawalnya. [Eder] Militao telah melakukannya dengan sangat baik tetapi [Mbappe] sentiasa boleh mencipta sesuatu daripada ketiadaan, dan dia mencipta pada saat-saat akhir."

 

Advertisement

Must Watch Video