Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

UCL: Akui kurang pengalaman, Arteta cabar Arsenal bukti kemampuan sebenar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

2_75399896.jpg
Mikel Arteta menegaskan sejarah Liga Juara-Juara Arsenal adalah tidak relevan dan mencabar pasukannya untuk membuktikan mereka berhak berada di tahap ini ketika membuat persiapan menentang Porto dalam pusingan 16.

The Gunners kembali ke saingan kelab elit Eropah buat kali pertama dalam tujuh tahun namun gagal melepasi peringkat ini sejak 2010.

Arsenal akan menjadi pilihan utama di Estadio do Dragao awal pagi esok ketika Arteta ingin melangkah lebih jauh dalam Liga Juara-Juara berbanding yang pernah dijayakannya sebagai pemain di kelab itu.

“Mereka (pemain) tahu bahawa kami sudah tujuh tahun tidak menyertai pertandingan itu,” kata pengendali Sepanyol itu.

“Sudah tentu ada di antara mereka yang berada di sini dan mereka tahu kisah itu dan mereka tahu bahawa apa yang berlaku pada masa lalu adalah tidak relevan, ia adalah cabaran dan cita-cita yang perlu kita lalui sekarang.”

“Kami tidak mempunyai pengalaman, itulah realitinya -– 95 peratus daripada pemain tidak bermain pertandingan ini, mereka belum bermain 16 terakhir.

“Saya belum (mengendalikan pasukan di peringkat ini). Tetapi mereka mempunyai begitu banyak tenaga dan semangat untuk bermain dengan baik dan itulah keinginan kami dan bagaimana kami akan bermain permainan ini.

“Ia hebat. Kami telah mendapat hak untuk berada di sini. Sudah tujuh tahun sejak kami berada di tangga teratas untuk perlawanan seperti ini dan 14 tahun sejak kami dapat ke peringkat seterusnya.

“Itulah cabarannya. Kami tahu apa yang ada di hadapan kami, tetapi kami sangat teruja untuk menghadapinya dan meneruskannya dengan penuh keyakinan, itu sudah pasti.”

Advertisement

Must Watch Video