Skip to main content

Bola Sepak

Ubi Bayern padam spekulasi perpindahan

wanner.jpg
Bayern Munich telah menyerahkan kontrak profesional pertama kepada pemain tengah, Paul Wanner, yang dianggap sebagai bintang masa depan.

Pada usia 16 tahun dan 15 hari, Wanner muncul sebagai pemain termuda yang pernah mewakili Bayern apabila masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Borussia Monchengladbach pada 7 Januari lalu.

Ia juga menjadikan Wanner pemain kedua termuda yang pernah beraksi dalam Bundesliga selepas Youssoufa Moukoko (16 tahun, sehari) yang diturunkan Borussia Dortmund pada November 2020.

Wanner terbabit dalam ketiga-tiga perlawanan liga pada bulan ini, tetapi masa depannya di Bavaria tidak menentu memandangkan kontraknya bakal berakhir hujung musim ini.

 

Bagaimanapun, Bayern mengesahkan di laman sesawang rasmi mereka bahawa semalam pemain antarabangsa Jerman Bawah-17 itu telah menandatangani perjanjian baru di Allianz Arena.

"Saya amat berbangga dan gembira kerana telah menandatangani kontrak pertama saya bersama Bayern," katanya yang beraksi untuk setiap peringkat pasukan remaja Bayern bermula dari 14 tahun ke atas.

"Impian zaman kanak-kanak saya telah menjadi kenyataan. Saya telah mewakili FC Bayern sejak berumur 12 tahun lagi dan sentiasa mahu menjadi profesional di sini.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang di FC Bayern, Hasan Salihamidzic dan pengurus, Julian Nagelsmann, atas kepercayaan mereka."

Bayer Leverkusen merupakan antara kelab, baik di Jerman mahupun di sekitar Eropah, yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan Wanner dalam jendela perpindahan seterusnya.

Advertisement

Must Watch Video