Skip to main content

Bola Sepak

Ubah formasi beri kejayaan buat Chelsea -- Conte

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

13517antonioconte.jpg
WEST BROM 0 CHELSEA 1

Antonio Conte menegaskan perubahan formasi Chelsea pada awal musim ini merupakan penyebab utama mereka berjaya meraih kejayaan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.


Kekalahan berturut-turut kepada Liverpool dan Arrsenal pada September mendorong pengendali kelahiran Itali itu mengubah taktikal Chelsea kepada 3-4-3, dan ia membuahkan hasil apabila meraih kemenangan 13 perlawanan berturut-turut.

Sejak itu, Chelsea tidak lagi toleh kebelakang dan kemenangan 1-0 ke atas West Brom awal pagi tadi menjamin kejuaraan mereka buat kali kelima.

Michy Batshuayi hadir sebagai pemain gantian yang menjaringkan gol tunggal perlawanan, sudah memadai buat mereka bergelar juara.

"Saya berasakan keputusan untuk menerap formasi 3-4-3 mengubah musim kami," kata Conte. "Sebelum ini kami tidak memiliki keseimbangan.

"Selepas tewas kepada Liverpool dan Arsenal, saya mahu mengubah sistem permainan pasukan dan formasi 3-4-3 membenarkan kami membuktikan kebolehan kami.

"Ia merupakan satu kejayaan yang sangat bagus yang dihasilkan oleh pemain-pemain. Saya perlu berterima kasih di atas komitmen mereka, kadar kerja yang dipamerkan sejak awal musim ini.

"Saya berasakan Eden Hazard and Pedro agak keletihan dan saya mahu aksi yang lebih mantap daripada Batshuayi dan Willian. Ia membuahkan hasil buat kami dalam perlawanan ini.

"Bukan mudah untuk beraksi di England dengan menggunakan pendekatan yang berbeza selepas Chelsea mengharungi musim yang mengecewakan. Kemenangan ini adalah untuk pemain-pemain yang telah mempamerkan komitmen mereka."

Advertisement

Must Watch Video