Sebanyak 30 kelab penyokong bola sepak Kedah tampil menuntut penjelasan daripada pemilik serta pihak pengurusan Kedah Darul Aman (KDA FC) berhubung isu tunggakan gaji pemain empat bulan musim lalu yang didakwa masih belum dibayar sehingga kini.
Mereka berharap pencerahan segera dapat dilakukan oleh Tan Sri Mohd Daud Bakar dan kelab kerana perkara tersebut masih sepi selain dikejutkan dengan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Khamal Idris Ali.
Wakil kelab penyokong bola sepak Kedah, Mohammad Adhan Mat Aji (gambar di tengah), penyokong berhak untuk mengetahui perancangan Sang Kenari pada musim 2024/25 termasuk isu-isu yang sedang membelenggu kelab tersebut.
"Selain isu gaji, penyokong turut dikejutkan dengan peletakan jawatan CEO KDA FC, Khamal Idris Ali. Kami (penyokong) ingin memohon penjelasan tentang isu yang sangat mengejutkan ini...apakah yang sedang berlaku dan siapa yang akan menggantikan jawatan CEO itu," katanya dalam sidang akhbar pada Ahad.
Tambah Mohammad Adhan, penyokong ada menyuarakan hasrat mengadakan perjumpaan bersama pemilik dan pengurusan tetapi tiada maklum balas.
Justeru mereka berharap pada kali ini suara mereka didengar dan perjumpaan akan diadakan bagi menjawab segala persoalan yang timbul dalam kalangan penyokong KDA FC.
Kredit : Sinar Harian