Pemain tengah Terengganu, Lee Tuck, bakal membuat penampilan sulung dalam saingan Liga Super apabila berdepan PKNS FC malam ini selepas hanya beraksi dalam Liga Perdana bersama Negeri Sembilan, musim lalu.
Begitupun, Tuck optimis mampu menyinar pada musim pertamanya dalam kancah berkenaan.
Berbekalkan pengalaman bersama Nakon Ratchasima dan Air Force Central di Thailand sebelum ke Negeri Sembilan musim lalu, Tuck tidak berasakan ia satu masalah buatnya beraksi dalam Liga Super.
Tuck turut berdepan beberapa pasukan Liga Super dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia musim lalu, lantaran itu menguatkan lagi keyakinannya.
"Tahun lalu ketika mewakili Negeri Sembilan, kami menghadapi beberapa pasukan Liga Super.
"Saya bermain baik ketika itu, saya yakin mampu beraksi baik musim ini dan membantu pasukan," kata pemain kelahiran England itu.
Bagi Tuck, Terengganu FC sudah melakukan persiapan pra-musim yang baik dibawah kendalian Irfan Bakti Abu Salim.
Meskipun mengakui Semut Merah mempunyai skuad ampuh musim ini, Tuck percaya Terengganu FC sedia menangani mereka.
"PKNS telah memancing pemain nama besar dan bagus.
"Jurulatih (Irfan) telah mengkaji permainan mereka. Kami juga mengharungi pra-musim yang bagus. Saya berasa yakin untuk bertemu mereka," katanya.