Skip to main content

Bola Sepak

Piala ASEAN FIFA: Tonggak negara masih cedera terima panggilan kebangsaan?

aguero

Status pemain tengah negara, Sergio Aguero, menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat selepas pemain itu dilaporkan masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan paha.

Media Indonesia, Makassar Tribun News, melaporkan jurulatih PSM Makassar, Darije Kalezic, sudah pun memberikan pengesahan bahawa perancang Harimau Malaya itu tidak cukup cergas untuk diturunkan dalam dua perlawanan liga pertama mereka sebelum ini.

"Sama ada dia (Aguero) cergas atau tidak, pasukan Malaysia mempunyai hak untuk memanggil pemainnya.

"Tentu sahaja kami berkomunikasi, ada komunikasi dengan pasukan Malaysia mengenai Aguero," katanya.

Peminat sudah pasti mempersoalkan keberadaan Aguero dalam senarai 23 pemain yang dipanggil bagi mewakili Piala ASEAN FIFA di Indonesia bermula 25 September ini seandainya dia tidak cukup cergas untuk diturunkan.

Ini kerana, seorang lagi pemain tengah yang berpangkalan di luar negara, Wan Kuzain Wan Kamal, tidak menerima panggilan bagi kempen berkenaan.

Malaysia akan berdepan Bangladesh bagi aksi pertama Kumpulan A, Piala ASEAN FIFA di Stadium Gelora Bung Karno pada 25 September ini.

Harimau Malaya kemudian akan berdepan tuan rumah, Indonesia, tiga hari kemudian sebelum menamatkan saingan pusingan awal itu dengan menghadapi Singapura pada 1 Oktober ini.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement