Thomas Tuchel tidak pasti dengan masa depan Adrien Rabiot di Paris Saint-Germain (PSG) di sebalik laporan mengatakan pemain tengah itu menolak kontrak baru.
Tonggak antarabangsa Perancis itu, yang enggan berada dalam senarai pemain menunggu negaranya untuk Piala Dunia, menjaringkan gol kedua dalam kemenangan 3-0 ke atas Caen dalam aksi pembukaan Ligue 1 di laman sendiri, awal pagi tadi.
Tetapi, dengan Rabiot dikaitkan dengan perpindahan ke juara LaLiga, Barcelona, perlawanan di Parc des Princes itu mungkin menjadi penampilan terakhirnya buat PSG.
Tuchel berharap dapat mengekalkan Rabiot di kelab itu tetapi dia memberitahu Canal Plus: "Saya tidak pasti dia akan kekal, saya mahu dia kekal tetapi terserah kepadanya.
"Dia mempunyai potensi besar dan dapat menjadi bertambah baik. Dia boleh menjadi pemain teratas tetapi harus kekal bersama kami."
Walaupun Rabiot mungkin dalam perjalanan keluar daripada PSG, kelab itu seterusnya terarah kepada Thilo Kehrer, dengan Schalke mengesahkan bahawa pemain berusia 21 tahun itu di ambang bergabung dengan skuad Tuchel.
PSG dilaporkan akan membayar €37 juta (RM172 juta) untuk pertahanan itu, yang ketibaannya akan mengakhiri usaha mengejar pemain pertahanan Bayern Munich dan Jerman, Jerome Boateng.
"Kami ada berhubung dengannya tetapi belum ditandatangani lagi," tambah Tuchel.