SHEFFIELD UNITED 1 CHELSEA 2
Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, menegaskan Timo Werner semakin "kuat dan berbisa" biarpun kemarau gol pemain antarabangsa Jerman itu berterusan dalam 14 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Penyerang Jerman itu tiba di Stamford Bridge dengan reputasi sebagai pencetak gol produktif susulan dipancing daripada kelab Bundesliga, RB Leipzig, menjelang kempen 2020-21.
Begitupun, pemain berusia 24 tahun itu hanya meledak empat gol dalam 22 penampilan EPL termasuk gagal meledak dalam kemenangan 2-1 di Sheffield United, awal pagi tadi.
Dia terus bergelut tatkala The Blues melakar tiga kejayaan di bawah pengurus baru itu.
Hantaran rendahnya secara klinikal disudahkan Mason Mount untuk meletakkan The Blues di depan sebelum rehat untuk bantuan jaringannya yang keenamnya musim ini -- yang terbanyak dalam kalangan pemain pasukan itu.
Dia kemudian dikasari penjaga gol The Blades, Aaron Ramsdale, untuk memberi peluang kepada Jorginho bagi mengembalikan kelebihan pelawat menerusi sepakan penalti selepas jaringan sendiri Antonio Rudiger mengikat kedudukan 1-1.
Walaupun menempuhi satu lagi aksi tanpa dibolosi, Tuchel tidak ragu-ragu bahawa anak buahnya itu berada di landasan yang tepat untuk berjaya bersama kelab London berkenaan.
"Ia adalah satu pencapaian cemerlangnya dalam gerakan gol pertama dan ia merupakan satu keputusan yang bagus dalam penghasilan jaringan kedua apabila dia dapat mengatasi penjaga gawang," kata bekas pengurus Paris Saint-Germain (PSG) itu.
"Mereka bertahan dengan baik tetapi kami bekerja keras dan berdisiplin. Ini akan meniupkan motivasi kepadanya. Saya berasakan dia semakin kuat dan berbisa pada setiap hari. Hari ini dia lebih bebas di atas padang dan saya benar-benar dapat berasakannya.
"Dia perlu menguatkan mentalnya sementara fizikal akan menentukannya. Ini adalah perkara paling penting kerana jika dia dapat teruskan seperti ini, ia pasti akan tercapai."
Tuchel mencatat tiga kemenangan dan satu seri dalam empat perlawanan pembukaannya sebagai pengurus Chelsea dengan hanya dibolosi satu gol -- paling sedikit dalam empat perlawanan awal sejak pelantikan Guus Hiddink 2009.
Kemenangan terbaru itu melonjakkan mereka ke tangga kelima, hanya satu mata di belakang Liverpool namun Tuchel menegaskan pasukannya tidak akan terbawa-bawa dan tetap fokus apabila dengan tegas mengalihkan tumpuannya kepada pertembungan pusingan kelima Piala FA dengan Barnsley, awal pagi Jumaat ini.
"Apa gunanya bercakap tentang hal kelompok empat teratas.
"Kami perlu menggalas tanggungjawab meneruskan rentak kami kerana semakin hampir dengan kedudukan yang dihajati. Kami ingin mencuba segalanya demi mencapai empat tempat teratas dan kami sudah menyatakannya dengan jelas ketika kami memulakan perjuangan ini."