PSG 2 STRASBOURG 2
Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel, mengakui kesalahannya ketika seri 2-2 dengan Strasbourg, sekali gus terpaksa menunggu untuk diangkat sebagai juara Ligue 1.
Ia malam mengecewakan buat PSG yang terpaksa menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 2-2 ketika berdepan Strasbourg di Paris semalam -- keputusan yang memaksa gergasi Perancis itu melengahkan sambutan kejayaan mereka merangkul gelaran musim ini.
Jaringan penyamaan Thilo Kehrer pada minit ke-82 memastikan satu mata diraih PSG selepas Eric Maxim Choupo-Moting gagal melunas peluang terhidang.
"Saya sangat kecewa kerana melakukan keputusan yang salah sebelum perlawanan ini. Menurunkan skuad yang mengutamakan serangan, kami gagal untuk menyerap serangan balas pasukan lawan.
"Sukar untuk mengawalnya dan kami terpaksa mengubah strategi dalam babak kedua.
"Strasbourg tidak memiliki sebarang peluang menjaringkan gol. Ia merupakan silap saya dalam separuh masa pertama."