Skip to main content

Bola Sepak

Tuchel mahu jadikan DFB-Pokal sebagai 'mahkota' musim

21517thomastuchel.jpg
Ketua jurulatih Borussia Dortmund, Thomas Tuchel, berkata kemenangan dalam perlawanan akhir DFB-Pokal akan menjadi "mahkota" musim pasukannya selepas mereka meraih tempat ketiga dalam Bundesliga dengan kemenangan 4-3 ke atas Werder Bremen, semalam.

Dalam aksi dramatik di Signal Iduna Park, dua gol masing-masing dijaringkan Marco Reus dan Pierre-Emerick Aubameyang membantu Dortmund dua kali bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Bremen yang memeperoleh gol menerusi Zlatko Junuzovic, Fin Bartels dan Max Kruse.

Keputusan itu memberikan kelayakan automatik untuk Dortmund ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim depan, dan Tuchel memuji daya tahan pemainnya bagi menamatkan kempen liga pada tahap tinggi sebelum perlawanan akhir DFB-Pokal menentang Eintracht Frankfurt di Berlin, 27 Mei ini.

"Prestasi pasukan membuatkan saya bangga," katanya. "Kami memberikan segala-galanya."

"Ada dua bahagian yang berbeza dan kami menunjukkan tindak balas yang baik untuk halangan awal.

"Permulaan babak kedua sama sekali musnah tetapi kami bersemangat sehingga akhir. Kami amat gembira"

Masa depan Tuchel menjadi subjek spekulasi berikutan kritikan daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Hans-Joachim Watzke.

Aksi Liga Juara-Juara Dortmund menentang Monaco sebelum ini dipinda berikutan serangan ke atas bas pasukan itu di sebalik perselisihan tetapi Tuchel menegaskan dia telah menikmati promosi dari awal hingga akhir.

"Musim ini mempunyai fasa yang berbeza," katanya. "Kami berjuang sehingga ke akhir.

"Kami mempunyai banyak masalah kecederaan dan terdapat banyak isu tetapi ia sentiasa menyeronokkan -- walaupun dalam masa yang sukar.

"Skuad sentiasa bersedia. Sekarang kami mahu mahkota musim pada minggu depan."

 

Advertisement

Must Watch Video