Skip to main content

Bola Sepak

Tuchel kagum dengan semangat PSG

thomas-tuchel.jpg
Thomas Tuchel memuji sikap yang ditampilkan Paris Saint-Germain (PSG) ketika merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Toulouse dalam aksi Ligue 1, awal pagi tadi.

Penyandang juara itu kini memiliki kelebihan 20 mata di puncak liga hasil jaringan tunggal Kylian Mbappe.

Tuchel mengakui mudah untuk melakukan kesilapan ketika PSG selesa mendahului saingan tetapi dia berbangga dengan aksi yang ditampilkan pemain-pemainnya.

"Selepas tamat aksi perlawanan antarabangsa, ia merupakan tempoh yang agak sukar," kata Tuchel.

"Sebilangan besar pemain PSG dipanggil menyertai skuad kebangsaan. Kami telah menampilkan permainan cemerlang dan meraih kemenangan.

"Toulouse menggunakan kelebihan fizikal dan kami berjaya bersaing dengan mereka."

Aksi seterusnya buat PSG adalah perlawanan separuh akhir Coupe de France berdepan Nantes, Rabu ini, sebelum menerima kunjungan Strasbourg.

Advertisement

Must Watch Video