Skip to main content

Bola Sepak

Tuchel jelaskan mengapa dia suka Neymar bertindak sebagai nombor 10

neymar.jpg
Thomas Tuchel berminat untuk terus menggunakan Neymar dengan peranan pemain nombor 10 untuk Paris Saint-Germain (PSG) dalam usaha lebih kerap melibatkannya di jentera serangan. 

Neymar secara khususnya sering bergerak dari sebelah kiri sejak menyertai PSG daripada Barcelona pada Ogos 2017, bagaimanapun pada musim ini, Tuchel mengerahkannya dalam peranan penting.

Pemain Brazil itu bermula di sayap ketika bertemu Rennes, Ahad lalu, sebelum beralih ke posisi tengah pula pada babak kedua sebelum memainkan peranan utama dalam jaringan Thomas Meunier dan Eric Maxim Choupo-Moting.

Tuchel menjelaskan mengapa dia gemar menggunakan Neymar di kawasan itu ketika hadir dalam sidang media sempena pertemuan Ligue 1 dengan Reims, awal pagi esok. 

"Sudah tentu dia suka di kedudukan itu dan kami ingin dia berada di posisi nombor 10 kerana dia boleh terlibat dalam setiap serangan, bukan sekadar dari sebelah kiri," kata pengurus berbangsa Jerman berkenaan. 

"Dia berpeluang untuk bergerak lebih bebas, berada di tengah-tengah permainan dan kami mempunyai peluang untuk melibatkannya dalam setiap serangan dilancarkan. 

"Jika anda melibatkan Neymar dalam serangan, ia menambah kemungkinan dalam peluang itu.

"Inilah cara saya berfikir tentang pemain mengenai apa yang kami boleh hasilkan daripada mereka dan apa yang kami mahukan daripada mereka. Itulah sebabnya ia merupakan pilihan yang baik untuk meletakkan Neymar di tenag-tengah."

PSG memimpin Ligue 1 dengan lima mata setelah memenangi kesemua enam perlawanansetakat ini.



 

Advertisement

Must Watch Video