Thomas Tuchel bersiap sedia untuk menghadapi perlawanan yang dilabelnya paling sukar, iaitu menentang Manchester City dengan Chelsea akan mengharunginya sebagai medan pemanas final Liga Juara-Juara (UCL).
Kedua-dua kelab itu melolosi peringkat separuh akhir UCL masing-masing untuk mengadakan pertembungan sesama kelab Liga Perdana Inggeris di Istanbul (EPL) hujung bulan ini, tetapi mereka akan membuat perhitungan liga tengah malam ini.
Tuchel mengatasi skuad bimbingan Pep Guardiola itu 1-0 dalam separuh akhir Piala FA bulan lalu untuk The Blues turut dalam misi memburu piala berganda musim ini.
Begitupun, City pula mengintai tiga kejuaraan memandangkan sudah merangkul Piala Liga Inggeris (EFL) dan kemenangan ke atas kelab London itu di Stadium Etihad akan mengesahkan mahkota liga buat mereka.
"Sekiranya anda bertemu barisan kendalian Pep, anda tahu perlawanan yang paling sukar telah tiba kerana dia telah membentuk sebuah pasukan terbaik di Eropah dan dia menerapkan gaya permainannya," kata pengurus dari Jerman itu, yang turut membawa Paris Saint-Germain (PSG) ke final UCL musim lalu.
"Pasukannya begitu dahagakan kemenangan dan dia mengubah mereka menjadi sebuah mesin kemenangan.
"Inilah yang berlaku di Barcelona, Bayern Munich dan Man City. Mereka adalah penanda aras dalam EPL tetapi sudah menjadi tugas kami untuk menutup jurang itu selama 90 minit kelak.
"Sebaik sahaja anda menentang Pep, anda tahu tahapnya tinggi dan anda harus berada di tahap bimbingan terbaik demi meniupkan keyakinan kepada anak buah sendiri dan mendorong mereka beraksi di tahap terbaik.
"Mereka sudah terbiasa dengan kemenangan selain merupakan pasukan yang sudah terbiasa dengan tahap tertinggi."
Ketika ditanya apakah pertemuan domestik ini memberi makna tambahan tatkala aksi final di peringkat benua menanti, Tuchel menambahkan: "Saya tidak begitu yakin. Mereka berpeluang untuk muncul juara jadi saya tidak rasa cita-cita dan keazaman mereka akan mengendur.
"Mereka memiliki kelebihan memandangkan memiliki rehat lebih sehari hari berbanding kami dan tidak perlu melakukan perjalanan, jadi kami lihat betapa besar kesannya dalam Piala FA.
"Kami harus menghadapinya dan saya fikir final di Istanbul kelak akan menjadi sangat unik tanpa mengira apa jua keputusannya, tidak kira sama ada kami menang atau mereka menang atau jika kami seri."

Manchester City could be crowned Premier League champions this weekend. ?
— Stadium Astro ? (@stadiumastro) May 7, 2021
Join our Telegram channel: https://t.co/nQHqw0c9JB pic.twitter.com/I0MbGA4qDO