Skip to main content

Bola Sepak

Tuchel digantung satu perlawanan, Conte turut didenda

tuchel-conte.jpg
Ketua jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel, dikenakan penggantungan satu perlawanan dan denda manakala pengendali Tottenham, Antonio Conte, turut dikenakan hukuman gara-gara perkelahian mereka dalam 'Derby London" hujung minggu lalu.

Dua pengurus itu kelihatan berkelahi di tepi padang dan ketegangan sesama mereka memuncak sewaktu bersamalam selepas wisel penamat dibunyikan, tidak lama selepas Harry Kane menjaringkan gol penyamaan untuk Spurs bangkit mengikat kedudukan 2-2 di Stamford Bridge.

Kedua-dua mereka dilayangkan kat merah oleh pengadil, Anthony Taylor, dan Persatuan Bolasepak England (FA) hari ini mendedahkan hukuman yang dikenakan ke atas mereka.

Dalam satu kenyataan, FA berkata: "Suruhanjaya Pengawalseliaan Bebas hari ini telah mengarahkan supaya Thomas Tuchel didenda sebanyak £35,000 (RM185,328) dan digantung daripada berada di tepi padang untuk satu perlawanan dan Antonio Conte didenda sebanyak £15,000 (RM79,426) selepas masing-masing melanggar peraturan E3 FA.

"Thomas Tuchel dan Antonio Conte mengakui bahawa tingkah laku mereka selepas wisel penamat perlawanan Liga Perdana di antara Chelsea FC dan Tottenham Hotspur FC pada Ahad, 14 Ogos 2022 adalah tidak wajar dan kedua-dua pengurus itu telah membuat permohonan pendengaran kes.

"Hukuman ini tertakluk kepada rayuan dan larangan satu perlawanan buat Thomas Tuchel untuk berada di tepi padang ditangguhkan sementara menunggu keterangan bertulis daripada pihak Suruhanjaya Pengawalseliaan Bebas mengenai keputusan mereka yang akan diketahui dalam masa terdekat."
 

Advertisement

Must Watch Video