Thomas Tuchel menganggap N'Golo Kante sebagai "satu pemberian besar" selepas pemain kebangsaan Perancis itu membintangi aksi Chelsea menewaskan Atletico Madrid dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.
Kante merupakan penggerak di bahagian tengah ketika Hakim Ziyech dan Emerson Palmieri menemui sasaran dalam kemenangan 2-0 di Stamford Bridge untuk pasukan itu layak ke suku akhir UCL dengan agregat 3-0 dan Tuchels menyedari kepentingan pemain berusia 29 tahun berkenaan.
Kante merekodkan 87.7 peratus ketepatan hantaran dan dia kelihatan penuh bertenaga sepanjang perlawanan itu dengan aksinya membuatkan lawan, yang juga pendahulu LaLiga ketika ini, kelihatan tidak dapat bersaing.
Tuchel memuji sumbangan Kante dengan berkata kepada wartawan: "Saya tidak pernah tahu usia pemain saya, saya hanya menilai mereka berdasarkan prestasi. Anda bermain dengan N'Golo Kante dan anda sentiasa mendapatkan lebih daripadanya.
"Keamatannya dan keberadaannya amat luar biasa. Ia satu kebahagiaan untuk menjadi jurulatihnya.
"Dia pemberian besar buat kami, dia amat merendah diri, banyak membantu di atas padang.
"Dia dan Mateo Kovacic perlu menyerlah hari ini, kami bergantung kepada mereka dan mereka memikul beban itu di bahu mereka dan melakukan tugas itu dengan baik," katanya.
Chelsea kini tidak pernah tewas dalam 14 perlawanan dalam kesemua kejohanan dan 13 daripadanya sejak Tuchel menggantikan Frank Lampard pada 26 Januari lalu.
The Blues kini sedang bersaing dalam tiga kejohanan, di mana mereka menduduki tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL), akan berdepan Sheffield United dalam suku akhir Piala FA hujung minggu ini dan akan menantikan lawan mereka dalam majlis undian suku akhir UCL, Jumaat ini.

As ever, @nglkante was everywhere! ? #CHEATM pic.twitter.com/wBWhVUjxJz
— Chelsea FC (@ChelseaFC) March 17, 2021