Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Tuchel akui sedang bincang kontrak di Chelsea

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

thomas-tuchel.jpg
Thomas Tuchel mengakui bahawa dia sedang berbincang dengan Chelsea untuk melanjutkan kontraknya di Stamford Bridge.

Pengendali berusia 48 tahun itu menggantikan Frank Lampard sebagai ketua jurulatih Chelsea pada Januari 2021 dengan kesepakatan awal selama 18 bulan.

Tuchel kemudian menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun dalam  pada Jun tahun lalu, kurang seminggu sebelum membawa The Blues menjuarai Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Bekas jurulatih Borussia Dortmund dan Paris Saint-Germain (PSG) itu kini sedang berbincang dengan pasukan London berkenaan untuk kekal bersama mereka melebihi musim depan.

"Terdapat perbincangan," kata Tuchel kepada wartawan menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Leeds United malam ini.

"Saya fikir berdasarkan situasi di mana kami bermula dan di mana kami sedang berada dalam tempoh perpindahan, adalah lebih baik untuk saya fokus kepada pasukan saya dan sukan ini, dan untuk menjadi lebih kompetitif.

"Wakil saya akan berbincang dengan pemilik dan menguruskan segala-galanya.

"Anda tahu betapa gembiranya saya untuk berada di sini dan betapa saya menggemarinya, jadi ia adalah sesuatu yang bagus," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video