T-TEAM 3 PERAK 0
Kesempatan beraksi di halaman sendiri dimanfaatkan sepenuhnya T-Team untuk mengalahkan Perak 3-0 dalam aksi Liga Super di Kuala Terengganu, malam ini.
Tuan rumah hanya memerlukan lapan minit untuk memecahkan kebuntuan selepas rembatan kencang pemain import, Mamadou Samassa, gagal diselamatkan Muhamad Hafizul Hakim.
Perak berpeluang menyamakan kedudukan selepas itu, namun percubaan Zaquan Adha Abdul Razak (m-23) di dalam kotak penalti dinafikan penjaga gol T-Team, Mohd Hafidz Romly.
Mohd Hafidz terus cemerlang dengan menggagalkan rembatan jarak jauh Mohd Hafiz Kamal pada minit ke-36 dan 39.
Hasrat pasukan pelawat untuk menamatkan babak pertama dengan jaringan pertama terus buntu selepas sepakan percuma Mohd Hafiz sekadar singgah di palang gol T-Team.
Dua minit memasuki separuh masa kedua, Samassa hampir menggandakan jaringan, malangnya tandukan pemain tinggi lampai itu dikeluarkan pertahanan Perak, Amirul Azhan Aznan, di atas garisan gol.
Serangan balas T-Team pada minit ke-51 menyaksikan dua sepakan Mohd Norhakim Hassan dan Mohd Badrul Hisyam Morris ditepis Muhammad Hafizul sebelum percubaan susulan Muhammad Fauzi Abdul Kadar tinggi melepasi pintu gol Perak.
The Titans akhirnya menambah gol kedua pada minit ke-71 hasil jaringan pemain pertahanan, Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris, yang melakukan rebatan susulan selepas tandukan Samassa ditepis Muhamad Hafizul.
Kedudukan berubah empat minit kemudian apabila Farhod Tadjiyev bijak melepaskan voli menewaskan Muhammad Hafizul buat kali ketiga.
Usaha Perak mencari gol sagu hati terus dipatahkan barisan pertahanan T-Team untuk kedudukan 3-0 kekal sehingga wisel penamat.
Keputusan lain:
MELAKA 1 JDT 1
PAHANG 2 KELANTAN 3
Kredit imej: T-Team FC