Pengendali T-Team, Rahmad Darmawan, sedang mengenal pasti tiga pemain tempatan untuk memperkuatkan pasukan itu ketika jendela perpindahan kedua pemain Liga Malaysia (Liga M) pertengahan bulan ini.
Menurutnya, pasukan itu memerlukan muka baharu di posisi tengah dan serangan sebagai persediaan menghadapi Piala Malaysia dan baki saingan Liga Super, musim ini.
“Kami tidak bercadang untuk menukar pemain-pemain import kerana saya berpuas hati dengan prestasi kesemua mereka.
“Hanya tiga pemain tempatan yang menjadi permintaan saya untuk menghadapi jadual padat, terutama Julai hingga September nanti,” ujarnya.
Mengulas lanjut prestasi awang import pasukannya, ketua jurulatih kelahiran Indonesia itu menyifatkan kepercayaannya terhadap mereka mula menampakkan hasil.
“Ramai yang mempertikaikan pemilihan (Mamadou) Samassa dan Farhod (Tadjiyev) pada awal musim dan kini mereka sudah membuktikan kualiti mereka.
“Keserasian yang terbentuk semakin baik dan saya ingin mereka dikekalkan, cukup dengan kehadiran tiga pemain tempatan baharu,” tambah Rahmad.
Kredit imej: T-Team FC