Skip to main content

Bola Sepak

Trippier tonton jaringannya lebih 100 kali

trippier.jpg
Bek kanan Tottenham dan England, Kieran Trippier, mengakui menyaksikan jaringannya menerusi sepakan percuma dalam saingan Piala Dunia "lebih 100 kali".

Trippier menyempurnakan sepakan percuma mengatasi penjaga gol Croatia, Danijel Subasic, untuk memberikan gol pendahuluan kepada England dalam aksi separuh akhir Piala Dunia tetapi The Three Lions tewas 2-1 dalam masa tambahan.

Ketika England membuat persiapan bagi saingan Liga Negara-Negara UEFA berdepan Sepanyol sebelum berdepan Switzerland dalam aksi persahabatan tiga hari berikutnya, Trippier memberitahu dia telah menonton jaringannya lebih 100 kali.

"Saya menikmati saat itu tetapi kecewa kerana kami kalah dalam perlawanan tersebut," ujarnya.

Trippier, yang mempamerkan aksi konsisten bersama kelab dan negara, berharap pengurus pasukan, Gareth Southgate, akan membuat keputusan bagi memilih barisan terbaik yang bakal diturunkan.

"Setiap kali saya menerima peluang untuk beraksi, saya akan cuba memberikan yang terbaik dan mahu membuktikan keputusan jurulatih menurunkan saya adalah tepat.

"Tetapi saya tidak kecewa jika tidak terpilih kerana saya akan membantu rakan sepasukan yang lain ketika membuat persiapan."

Advertisement

Must Watch Video