Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, berpandangan memenangi 'treble' adalah objektif seterusnya selepas mempertahankan kejuaraan LaLiga.
Barca meraih gelaran LaLiga yang ke-26 hasil jaringan gol Lionel Messi ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas Levante di laman sendiri.
Skuad bimbingan Ernesto Valverde itu masih berpeluang untuk menjuarai dua lagi gelaran dengan Liverpool menanti dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara sementara Valencia dalam aksi penentuan Piala Raja Sepanyol.
"Ia adalah objektif terbaru pasukan. Ia adalah rekod dan kebanggaan kelab ini," kata Bartomeu.
"Memenangi LaLiga adalah objektif utama setiap musim. Kami akan meraikan kejayaan ini secara sederhana kerana UCL akan bersambung Rabu ini.
"'Treble' adalah objektif kami. Kami akan berdepan pencabar yang kuat dalam UCL dan lawan kami dalam Piala Raja Sepanyol turut semakin meningkat.
"Levante telah memberikan tentangan yang sengit. Mereka berusaha mencari gol penyamaan hingga minit terakhir permainan," tambahnya.
Messi hadir dari bangku simpanan untuk meledak gol kemenangan Barca -- gelaran ke-10 LaLiga buatnya mengatasi Andres Iniesta.
Kapten Barca itu telah meledak 33 gol dalam saingan liga, lebih 12 daripada rakan sepasukan, Luis Suarez, dan penyerang Real Madrid, Karim Benzema.
"Messi adalah terbaik dunia. Setiap kali dia turun beraksi, sesuatu akan berlaku. Dia mengubah suasana dan menghadirkan keajaiban."