West Ham menolak kesempatan untuk menandatangani Yaya Toure, kata pengurusnya, Manuel Pellegrini.
Pemain Ivory Coast berusia 35 tahun itu boleh didapati secara percuma sejak meninggalkan Manchester City selaku ejen bebas pada penghujung musim lalu.
Ejennya, Dimitry Seluk, Selasa lalu mendedahkan pemain tengah berkenaan telah menjalani pemeriksaan kesihatan di London, sekali gus menimbulkan khabar angin mengenai kemungkinan dia bekerjasama semula dengan bekas pengurus City itu.
Seluk menolak cadangan bahawa destinasi berkenaan sebagai tidak sesuai buat bekas pemain Barcelona itu, ulasan Pellegrini itu dilabel sebagai "malang" dan bertentangan dengan hasrat Toure.
"Saya bercakap dengan Yaya," kata pengurus Hammers itu kepada pemberita. "Saya tahu bagaimana saya melihatnya sebagai pemain dan sebagai pengurus, saya fikir dia pemain yang sangat baik.
"Tetapi buat masa ini, kami mempunyai pemain yang boleh menampung skuad.. Kami memerlukan wang untuk memperkasakan posisi lain, oleh itu saya menjelaskan kepada Yaya mengapa dia tidak boleh ke sini.
"Saya harap dia akan mencari kelab yang bagus, kelab besar kerana dia pemain yang sangat bagus.
"Dia mahu kekal di England. Ketika saya di Manchester City, dia menerima tawaran dari China dan negara lain, begitupun dia selalu memberitahu saya bahawa dia ingin kekal di England, saya menyokongnya 100 peratus."
Olympiacos dianggap destinasi kemungkinan Toure.
Pemenang Liga Perdana sebanyak tiga kali itu menghabiskan semusim bersama kelab gergasi Greece tersebut sebelum menyertai Monaco pada 2006.