Pertahanan Tottenham Hotspur, Danny Rose, menegaskan pasukannya bukan sekadar memberikan fokus terhadap Lionel Messi semata-mata menjelang aksi berdepan Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.
Kelab Liga Perdana Inggeris itu bakal melayan kunjungan Barca di Wembley pada awal pagi Khamis ini dan mereka memerlukan kemenangan selepas tewas di tangan Inter Milan dalam perlawanan pembukaan
Kumpulan B.
Rose percaya Spurs mampu mendapatkan keputusan positif sewaktu menghadapi gergasi LaLiga itu
bersama Messi, pemain yang telah menyumbat lima gol di peringkat liga domestik dan memulakan
cabaran Liga Juara-Juara musim ini dengan catatan hatrik.
"Dia adalah pemain pilihan. Saya gembira jika dapat menyaksikan permainannya apabila tidak beraksi
atau berdepan pasukannya. Ia menjadi satu pengalaman yang berharga," kata Rose.
"Pengurus pasukan tidak mahu kami gentar terhadapnya dan selagi kami tampil dengan aksi terbaik,
kami yakin mampu menamatkan aksi itu dengan kemenangan.
"Jika kami bermain secara berpasukan dan bukan individu, kami mampu mengekang Barca serta Messi.
Kami tidak akan memasuki padang dengan hanya memikirkan kelibat Messi.
"Barca mempunyai rangkaian hebat di bahagian serangan dan mereka harus digeruni jika kami tidak
dapat tampil dengan aksi terbaik."
Spurs kini berada di landasan terbaik untuk mencipta kemenangan di pentas Liga Juara-Juara selepas
dibolosi dua gol lewat ketika di San Siro.
Skuad kendalian Mauricio Pochettino itu memenangi tiga perlawanan berturut-turut selepas
ditundukkan Inter dan Rose sedar kepentingan pertemuan dengan Barca.
"Ia aksi menarik. Kami harus menang dan sedar tentangnya. Memang kami agak kecewa dengan
kekalahan di tangan Inter tetapi tiada kesilapan bahawa kami harus menang pada awal pagi Khamis
nanti.
"Pada waktu ini, kami menang tanpa corak yang menarik dan hanya menunggu masa untuk
mendapatkan prestasi terbaik bagi mencapai kemenangan."