Skip to main content

Bola Sepak

Tottenham sambar dua tonggak Juventus

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kulusevski.jpg
Selain mengikat Rodrigo Bentancur daripada Juventus dengan harga sekitar £20 juta (RM112.5j), kelab Serie A itu turut mengesahkan perjanjian pinjaman awal selama 18 bulan bersama Tottenham termasuk kewajipan untuk membeli Dejan Kulusevski jika objektif tertentu tercapai.

Spurs perlu membayar Juve €10 (RM47j) bagi perjanjian pinjaman hingga 30 Jun, 2023 dengan pendahuluan sebanyak €3 (RM14.1j) musim ini. 

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu perlu membeli pemain sayap tersebut secara kekal dengan harga €35j (RM164.6j) sekiranya matlamat tertentu dicapai.

Sekalipun objektif itu tidak tercapai, Spurs masih mempunyai pilihan untuk membeli dengan harga yang sama yang perlu dibayar dalam tempoh lima tahun.

 

Ketibaan Kulusevski menamatkan penantian yang mengecewakan pengurus Spurs, Antonio Conte, yang dalam usaha memperkemaskan jentera serangannya selepas gagal menyambar khidmat Luis Diaz, Adama Traore dan Dusan Vlahovic.

Ketibaan Vlahovic dengan harga tinggi di Juve akhirnya membuka jalan kepada Kulusevski untuk berpindah. 

Kulusevski menandatangani kontrak €35j dengan Juve pada Januari 2020 dan menghabiskan baki musim itu sebagai Pemain Muda Terbaik Serie A ketika dipinjamkan ke Parma.

Advertisement

Must Watch Video