Dele Alli mahu Tottenham Hotspur menggunakan keperitan akibat tewas di tangan Liverpool dalam final Liga Juara-Juara Eropah untuk memacu kemaraan mereka musim depan, namun mengakui terlepas kejuaraan tertinggi Eropah meluluhkan hatinya.
Pemain tengah England itu terlepas beberapa peluang di Wanda Metropolitano, dengan jaringan daripada Mohamed Salah dan Divock Origi membolehkan Liverpool meraih kemenangan di pentas tertinggi Eropah buat kali keenam awal pagi semalam.
Spurs akan beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan selepas menduduki tangga keempat Liga Perdana Inggeris dan Alli berkata memori tewas di Madrid perlu dijadikan alat untuk tampil lebih baik.
"Ia benar-benar meluluhkan hati, tiada siapa bercakap," kata pemain berusia 25 tahun itu.
"Kami perlu terus bekerja, meningkat dan menggunakan kesedihan ini untuk terus mara.
"Ia satu perjalanan yang hebat dan saya hanya boleh mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan yang diberi.
"Saya memohon maaf kami gagal melepasi halangan dalam final tetapi ia satu pembelajaran yang baik dan seperti saya katakan, kami perlu menggunakan perasaan kecewa dalam diri kami untuk bangkit musim depan," ujarnya.
Alli bergelut dengan kecederaan musim ini dan menyumbat lima gol dalam 25 penampilan liga domestik -- yang menjadi catatan terendahnya sejak menyertai Spurs pada Februari 2015.
Prestasi Spurs tidak konsisten musim ini tatkala mereka berpindah ke stadium baru tetapi Alli berkata pengalaman dalam 12 bulan terakhir banyak membantu pemain.
"Tiba masa untuk menunjukkan di mana kami yang sebenar," tambahnya.
"Dalam masa sama, ketika dalam situasi sukar ini, kami perlu melihat bahawa kami telah melangkah jauh ke final.
"Sukar untuk berfikiran positif ketika ini tetapi apabila pemain, staf dan peminat melihat semula perjalanan yang dilalui, ini bukan satu pengakhiran."