TOTTENHAM 0 AJAX 1
Christian Eriksen berasakan Tottenham memberi ruang kepada Ajax untuk menguasai pertemuan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) selepas membenarkan wakil Eredivisie itu meraih bekalan 1-0, awal pagi tadi.
Ajax, yang menyingkirkan juara bertahan, Real Madrid dan Juventus di dua peringkat sebelum ini, bermula garang dan mencetak jaringan menerusi Donny van de Beek pada minit ke-15.
Danny Rose kemudian hampir menjaringkan gol sendiri sebelum peluang Van de Beek untuk menyumbat gol kedua dinafikan Hugo Lloris dengan kaki sebelum Moussa Sissoko diturunkan -- Jan Vertonghen gagal meneruskan perlawanan selepas hidungnya tercedera sejurus permainan berusia setengah jam -- untuk meredakan bahagian tengah daripada terus dikuasai Ajax.
"Saya fikir dalam 20 minit pertama perlawanan, kami hanya menonton bola," kata Eriksen kepada BT Sport selepas kekalahan kepada bekas kelabnya itu.
"Jika berdepan pasukan yang suka menguasai bola seperti ini, permainan kami tidak akan menjadi. Kami perlu mengubah pendekatan bagi perlawanan seterusnya.
"Kami membuatkan mereka kelihatan lebih baik. Mereka sebuah pasukan yang bagus tetapi saya fikir kami membantu mereka mendapat rentak. Mereka dapat menguasai perlawanan ekoran kesilapan kami sendiri."
Sungguhpun Spurs akhirnya dapat menyekat Ajax daripada mendominasi sepenuhnya perlawanan, tuan rumah gagal mencetuskan ancaman.
Satu percubaan Dele Alli yang terus ke dakapan Andre Onana muncul satu-satunya percubaan tepat mereka dalam babak kedua manakala tiang menjadi penghalang kepada David Neres untuk gol kedua kelab Belanda itu, 12 minit menuju tamat perlawanan.
Tottenham akan kembali menyambut kelibat Son Heung-min selepas tonggak di jentera serangan itu selesai menjalani penggantungan menjelang aksi timbal balik di Amsterdam, Khamis depan, dan pada masa sama, Eriksen mengharapkan persembahan yang lebih baik daripada skuad bimbingan Mauricio Pochettino itu.
"Tiada siapa yang mahu beraksi seperti yang kami peragakan dalam babak pertama -- semua orang berasa kecewa berikutan kami gagal memberikan saingan dengan kemampuan sebenar," kata pemain antarabangsa Denmark itu.
"Kami tahu kami perlu berubah dan kami akan melakukannya. Kami masih kalah, namun kami beraksi lebih baik dalam separuh masa kedua.
"Kami bernasib baik kerana percubaan mereka terkena tiang kerana di kedudukan 2-0, perlawanan akan menjadi berbeza buat kami pada minggu depan. Kami perlu mengubah cara permainan dan diharapkan kami dapat mengubah keadaan di Amsterdam."
Sementara itu, Van de Beek kagum dengan corak menyerang Ajax di peringkat awal perlawanan di utara London itu tetapi mengakui peralihan taktik Spurs daripada tiga kepada empat pertahanan mencetuskan masalah buat mereka.
"Saya fikir ia adalah detik penting buat kami -- dalam 30 minit pertama, kami bermain dengan baik," kata perancang tengah Ajax itu.
"Selepas itu Tottenham mengubah sesuatu, kemudian kami berdepan masalah tetapi saya fikir keputusan 1-0 tidak mengapa. Kami perlu memuktamadkan kemenangan di laman sendiri, minggu depan
"Ia permulaan yang bagus tetapi selepas itu kami tidak dapat meneruskan corak permainan seperti itu tetapi kami menang dan kami perlu membuat perancangan yang baik minggu depan."