Skip to main content

Bola Sepak

Tottenham bawa masuk Clement Lenglet

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lenglet.jpg
Tottenham menyambar khidmat Clement Lenglet secara pinjaman selama semusim daripada Barcelona.

Pertahanan Perancis itu menjadi tandatangan kelima Spurs dalam jendela perpindahan musim panas ini apabila ingin membina momentum meraih tempat keempat musim lalu.

Dia akan menyertai Richarlison, Yves Bissouma, Ivan Perisic dan Fraser Forster dalam perpindahan ke Stadium Tottenham Hotspur menjelang musim penuh pertama Antonio Conte bertindak sebagai pengurus.

Perjanjian itu, yang disahkan oleh kedua-dua pihak sebentar tadi, tertakluk kepada pelepasan antarabangsa dan permit kerja Lenglet. 

Malah, tiada pilihan untuk membuat membelinya secara kekal.


 

Lenglet memenangi LaLiga dalam musim pertamanya di Camp Nou selepas dipancing daripada Sevilla pada 2018.

Dia meraih Copa del Rey musim lalu tetapi hanya membuat tujuh permulaan liga dalam 21 penampilan sepanjang 2021-22 berikutan kurang mendapat perhatian pengurus baru Barca, Xavi.

Lenglet berpeluang membuat penampilan sulung kompetitifnya bersama Spurs apabila mereka memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL)  2022-23 menentang Southampton pada 6 Ogos depan.

Advertisement

Must Watch Video