Skip to main content

Bola Sepak

Torres menanti tawaran baru Atletico

torres-200517.jpg
Fernando Torres berminat untuk menandatangani kontrak baru bersama Atletico Madrid berikutan perjanjian penyerang itu bakal berakhir, hujung musim ini.

Pemain berusia 33 tahun itu telah memainkan peranan kecil sepanjang kempen musim ini dengan Diego Simeone biasanya lebih gemar menggandingkan Antoine Griezmann dengan Kevin Gameiro.

Walaupun Torres hanya menjaringkan enam gol dalam saingan LaLiga dalam musim ini, bekas pemain antarabangsa Sepanyol berkenaan masih berharap untuk melanjutkan tempoh kedua di kelab itu.

"Pemain bola sepak juga mempunyai masalah -- kami mahu maju dalam kerjaya dan pada masa yang sama, kami perlu membuat keputusan dalam kerjaya," katanya.

"Pada akhirnya, ia tentang minat, tugas dan cara anda melihat situasi terbaik untuk diri anda, untuk keluarga anda ... Semua pemain tahu apa yang saya katakan.

"Anda berjuang untuk perkara-perkara penting buat diri sendiri, anda berjuang sehingga kaki anda tidak ada lagi kekuatannya untuk merealisasikan impian anda.

"Semua orang tahu hasrat saya adalah terus menyarung jersi Atletico -- itulah apa yang saya mahu, ia bukan rahsia.

"Terpulang kepada kelab sama ada kami boleh bersetuju memeterai perjanjian selama beberapa tahun, atau dari tahun ke tahun, saya berharap dapat terus bersama mereka untuk sekurang-kurangnya selama semusim lagi."

Torres bakal menghadapi persaingan lebih hebat dalam perebutan tempat pada musim depan selepas Alexandre Lacazette dikhabarkan hampir ke Atletico menerusi temubual dengan L'Equipe, semalam.




 

Advertisement

Must Watch Video