Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Tonton siaran langsung (live streaming) Pesta Kejayaan JDT di SSI

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ssi.jpg
Rekod menyapu bersih kejuaraan Liga Super 11 kali berturut-turut meletakkan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kelas tersendiri sebagai pasukan terbaik Malaysia, ketika ini.

Lebih manis, ia diikuti dengan sejarah baru di bawah kepimpinan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, apabila berjaya meraih 30 piala dalam masa 12 tahun. 

Kemenangan berdepan Sri Pahang dalam perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia menjadikan Harimau Selatan merangkul gelaran hatrik kejohanan berprestij itu, sekali gus menyamai rekod Selangor dan Kuala Lumpur.

Acara gilang-gemilang bakal diadakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bagi menyambut kejayaan paling membanggakan JDT malam ini
.
Peminat tempatan berpeluang menyaksikan kemeriahan yang dianjurkan diikuti pelbagai persembahan.

Sebagai tradisi, sudah pasti pesta bunga api menjadi keraian yang ditunggu-tunggu oleh peminat Harimau Selatan dan menanti pelbagai program menarik di perkarangan stadium.


SIARAN LANGSUNG & LIVE STREAMING MALAM KEJAYAAN JOHOR DARU; TA'ZIM

Saksikan secara langsung di Astro Arena 801 bermula jam 8.00 malam ini.

Anda juga boleh strim melalui Astro Go dan Sooka.

Advertisement

Must Watch Video