Pahang kembali ke jadual beraksi pada sebelah malam selepas Stadium Darulmakmur, Kuantan melepasi pemeriksaan kedua Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) dan surat pengesahan rasmi telah dihantar kepada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP), semalam.
Gelanggang keramat pasukan Tok Gajah itu sebelum ini gagal melepasi pencahayaan 1200 lux yang ditetapkan, melibatkan 15 lokasi ketika pemeriksaan padang dan lampu yang dibuat bagi kali pertama.
Pemeriksaan pada Jumaat lalu mengesahkan perubahan yang dilakukan oleh pihak PBNP untuk barisan Dollah Salleh itu disahkan kembali beraksi pada sebelah malam bagi musim 2018.
Stadium Selayang melewati rumusan kritikal apabila dua pasukan yang menggunakan stadium itu sebagai venue bertanding, iaitu UKM FC dan Kuantan FC, masih belum menyatakan kesediaan untuk sebarang pemeriksaan dibuat.
"Kami sudah memaklumkannya kepada Pahang (pagi semalam), kami masih menunggu permohonan untuk melakukan pemeriksaan kedua ke atas (venue-venue) lain.
"Kami berikan tempoh seminggu sebelum tarikh sepak mula liga untuk pasukan membuat permohonan kedua," kata Ketua Unit Pertandingan FMLLP, Mohd Shazli Shaik Mohd.
Dalam perkembangan berbeza, keseluruhan pasukan Liga Super tidak berhadapan masalah untuk pendaftaran 20 pemain fasa pertama yang berakhir 14 Januari lalu dengan hanya beberapa masalah dokumentasi melibatkan pasukan Liga Perdana berlaku.
Namun, tempoh akhir pendaftaran pemain fasa kedua ialah 11 Februari depan -- meliputi keseluruhan 30 pemain dan maksimum 15 pegawai bagi setiap pasukan.
"Majoriti pasukan belum melengkapkan perdaftaran kerana tarikh tutup pendaftaran pertama yang sebenar adalah pada 11 Februari 2018.
"Ini bermakna pendaftaran masih lagi belum (ditutup)," katanya.
Saingan Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2018 akan dimulakan dengan perebutan Piala Sumbangsih di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah pada 3 Februari, dengan saingan Liga Perdana terlebih dahulu membuka tirai sehari sebelum itu.
Dalam perkembangan sama, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam satu kenyataan menegaskan adalah mustahil untuk menggunakan Stadium Nasional, Bukit Jalil dalam saingan Liga M.
Tunku Ismail menjelaskan larangan itu adalah salah satu usaha bagi mengelakkan sebarang pindaan jadual Liga M.