Skip to main content

Bola Sepak

TMJ: JDT amalkan bajet berhemah, ada kelab lain belanja lebih besar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tunku-mahkota-johor.jpg
Meskipun dua kali bergelar Pemain Terbaik Tahunan (MVP), gaji Arif Aiman Hanapi baru mencecah RM25,000 sedangkan pemain tempatan pasukan lain ada yang menerima gaji RM80,000.

Justeru, pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bertanya kepada kepada peminat bola sepak tanah air adakah Harimau Selatan atau pasukan lain yang berbelanja besar?

"Bagi saya benda itu tidak logik. Kita tidak pernah tengok Bayern Munich main di EPL, Paris Saint-Germain (PSG) main di Serie A, Juventus dan Real Madrid main di England. 

"Saya tidak pernah tengok Sevilla atau pun Villareal merungut dengan Real Madrid. 





"Menuduh JDT terlampau kuat atau cuba memberi cadangan JDT harus main di luar, mereka patut tumpukan kuatkan pasukan masing-masing. 


"Semalam saya nak naikkan gaji Feroz dan Arif -- gaji Feroz berbelas ribu sementara Arif Aiman tidak sampai pun RM20,000. 

"Tapi saya tahu ada pasukan lawan yang bayar pemain tempatan setinggi RM80,000. 

"Pemain asing saya, Bergson sekitar USD300,00 setahun, ada kelab lawan yang bayar lebih USD500,000 setahun, jadi adakah JDT yang berbelanja.

"Saya cuba berbelanja ikut kemampuan dan turunkan harga sebab kami mahu bertahan lama.


"Kalau main di luar, misalnya DPMM FC bermain di Singapura, mereka tidak boleh bermain di peringkat Asia sebab ia memang polisinya," katanya. 


Dalam temu bual eksklusif bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Tunku Ismail turut mengulas mengenai insiden pembakaran suar di Stadium Sultan Ibrahim.

"Saya rasa sudah tentu akan kena denda. 

"Denda tersebut akan meningkat kerana sudah tiga kali dah (berlaku) penyokong saya membakar suar. 

"Saya kena tunggu Jawatankuasa FAM turunkan denda tersebut dan saya haraplah mereka bagi harga yang mahal sangat untuk saya bayar. 

"Tapi saya pernah mempersoalkan benda ini kepada FAM. Meereka jelaskan bahawa undang-undang FIFA tidak benarkan bakar suar, mungkin saya tersilap. 

"Tapi apabila saya tengok pertandingan di Eropah seperti Serie A, mereka juga ada bakar suar. 

"Saya mungkin kena tanya untuk terapkan idea tersebut, saya perlu dapatkan maklumat lebih. 

"Walau macam mana pun denda itu saya sudah tentu kenalah. 

"Mungkin FAM boleh tolak melalui hutang-hutang lama. 

"Kita tengok pada jasa presiden dan jasa-jasa orang besar bola sepak tanah air yang berada dalam FAM," katanya. 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video