Skip to main content

Bola Sepak

TMJ beri bayangan tawar peranan lebih besar daripada pengurus Harimau Malaya

tmj-jdt.jpg
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, membayangkan untuk menawarkan peranan yang lebih besar berbanding bergelar pengurus skuad kebangsaan.

Pemilik Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu memaklumkan perkara berkenaan menerusi hantaran di Instagram story miliknya hari ini.

"Bukan seorang pengurus... Lebih daripada seorang pengurus," tulis Tunku Ismail yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

TMJ turut memuat naik fotonya bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Sinar Harian pada 15 Februari lalu melaporkan Tunku Ismail tidak berminat memegang sebarang jawatan dalam pasukan negara termasuk sebagai pengurus skuad Harimau Malaya.

Hamidin berkata, Tunku Ismail menzahirkan hasrat baginda untuk terus membantu meningkatkan mutu pasukan negara.

TMJ sebelum ini juga meluahkan hasratnya untuk membantu Harimau Malaya, termasuk dalam menyumbang peralatan latihan sebagai persiapan skuad negara menghadapi Piala Asia 2023 awal tahun depan.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Must Watch Video