Skip to main content

Bola Sepak

TMJ anggap Gergasi Merah sengaja tutup kelemahan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tmj_3.jpg
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menyifatkan pasukan Selangor yang mencipta alasan bagi menutup kelemahan sendiri. 

Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) mempersoalkan sikap menunding jari Gergasi Merah bahawa kemenangan tidak berada di pihak mereka kerana dianiaya. 

Malah, baginda melalui akaun, hrhcrownprincejohor, ketika mengulas di sebuah laman sukan dekat Instagram berhubung kes pecah masuk rumah pemain pasukan Lembah Klang itu, Khuzaimi Piee, pada awal pagi tadi, sambil memetik nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr Johan Kamal Hamidon, atas pencapaian seteru Liga Super tersebut untuk menutup kegagalan sesudah berbelanja RM47 juta.

Dua minggu lalu, Dr Johan mendedahkan bahawa dia turut menerima ugutan akan menjadi mangsa simbahan asid yang seterusnya. 

Advertisement

Must Watch Video