Skip to main content

Bola Sepak

Tinggalkan Arsenal untuk Aston Villa satu keputusan tepat, kata Martinez

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

emilianomartinez.jpg
Emiliano Martinez percaya perpindahannya ke Aston Villa daripada Arsenal merupakan satu keputusan tepat selepas bersinar bersama kelab barunya itu.

Martinez menyertai Villa daripada Arsenal pada September lalu dengan yuran perpindahan dilaporkan bernilai £20 juta (RM108.5 juta).

Selepas tidak dibolosi ketika Villa menumbangkan pasukan lamanya itu 3-0 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu, Martinez berkata perpindahan itu merupakan satu keputusan tepat dalam kariernya.

"Apabila saaya memilih untuk ke Villa, ia kerana saya percayakan impian pengurusnya, saya percayakan impian kelab ini dan saya tahu betapa besarnya Villa. Ramai tidak menyedari betapa besarnya Aston Villa," katanya kepada wartawan.

"Mereka semua katakan ia satu keputusan yang salah untuk karier saya tetapi saya selalu katakan ia adalah satu keputusan yang tepat buat karier saya.

"Harap-harap kami akan memperoleh musim yang amat baik, kami akan terus berjuang dalam setiap perlawanan, untuk setiap bola dan harap-harap kami akan berada dalam kelompok 10 terbaik liga," katanya.
 
Dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan, Villa kini berada di tangga keenam EPL dan hanya tiga mata di belakang pendahulu, Leicester City.

Tiada penjaga gol lain memperoleh rekod tanpa bolos lebih baik berbanding Martinez (empat) dan rekod 22 aksi menyelamat yang dilakukannya meletakkannya di tangga keenam keseluruhan dalam EPL.

Pemain berusia 28 tahun itu turut berharap Villa dapat berkembang daripada pemulaan baik yang diciptakan mereka musim ini.

"Saya sudah katakan sejak hari pertama lagi bahawa impian saya adalah untuk ke peringkat Eropah bersama Aston Villa.

"Saya mahu membawa kelab ini setinggi mungkin dan kami sedang berada di landasan yang tepat," tambahnya.

Selepas waktu rehat antarabangsa, Villa akan menantikan kunjungan Brighton and Hove Albion pada 21 November ini.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video