Bintang Bayern Munich, Kingsley Coman, bakal terlepas dua perlawanan awal musim depan berikutan digantung tiga perlawanan oleh Persatuan Bolasepak Jerman (DFB).
Coman dilayangkan kad merah pada masa kecederaan ketika Bayern seri 2-2 dengan Stuttgart, hujung minggu lalu, selepas mengangkat tangannya ke arah Konstantinos Mavropanos ketika cuba bertindak balas terhadap kekasaran pertahanan Greece itu di Allianz Arena.
Ia adalah satu tamparan buat Coman yang telah meledak lapan gol dan lima bantuan jaringan dalam 32 perlawanan musim ini dan Bayern boleh masih merayu keputusan itu.
DFB mengesahkan dalam satu kenyataan di laman sesawangnya dengan berbunyi: "Kingsley Coman (digantung) untuk tiga perlawanan kompetitif (domestik) bersama kelab Bundesliga FC, Bayern Munich, selepas jawatankuasa kawalan DFB mendapatinya menyerang pemain lawan biarpun dia terlebih dahulu dikasari."
Pemain antarabangsa Perancis itu akan menjalani penggantungan pertamanya ketika juara Jerman berkenaan mengharungi perlawanan terakhir Bundesliga di Wolfsburg, Sabtu ini.

Red card for Kingsley Coman.
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) May 8, 2022
?⚪ #FCBVfB 2-2 (90+5')