Skip to main content

Bola Sepak

Tiket UCL jadi sasaran permulaan era Ten Hag

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ten-hag.jpg
Erik ten Hag tidak akan menyasarkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim pertamanya dan pengurus baru Manchester United itu sebaliknya menyasarkan untuk kembali ke Liga Juara-Juara (UCL).

Ten Hag disahkan sebagai pengurus tetap kelab itu pada bulan lalu dan pengurus berbangsa Belanda tersebut sudah mula menggalas tugas yang dikendalikan sementara oleh Ralf Rangnick sebelum ini. 

Selepas membimbing Ajax merangkul gelaran Eredivisie ketiga dalam empat musim penuh, Ten Hag menamatkan kontraknya di Amsterdam lebih awal untuk memulakan kerjaya di United lebih awal. 

 

Ketua jurulatih berumur 52 tahun itu dan dua pembantunya, Mitchell van der Gaag dan Steve McClaren, hadir menyaksikan United tewas 0-1 kepada Crystal Palace dalam perlawanan terakhir musim ini.

Ten Hag kemudian diperkenalkan kepada media buat kali pertama pada hari berikutnya jadi falsafah, isu rekrut dan kakitangan skuad antara topik utama yang dibincangkan dalam sidang akhbarnya.

“Saya ingin katakan bahawa ini adalah sebuah projek untuk membawa Man United kembali ke puncak tetapi kami juga perlu menerima situasi semasa yang dihadapi,” katanya.

"Pertama sekali, Man United perlu berada dalam UCL jadi ia akan menjadi sasaran pertama."

Advertisement

Must Watch Video