'Nothing hurts when you win!'
Komuniti Bundesliga terutamanya peminat kelab terkemuka Jerman, Bayen Munich, memang diketahui minoriti di Malaysia, namun siapa sangka kemeriahannya disambut dengan sangat luar biasa!
Suasana penuh gemilang berlangsung di bawah anjuran syarikat kesihatan ternama, Tiger Balm, berkolaborasi bersama Bayern Munich mengadakan 'watch party' sebagai sambutan menonton perlawanan terakhir bermain di tempat sendiri.
Malah, ia juga menjadi medan pertemuan peminat setia 'Stern des Sudens' yang hadir beramai-ramai meraikan perhimpunan kecil itu, sambil merasai pengalaman yang ditawarkan kedua-dua jenama itu di SOULed Out, Sri Hartamas.
Selain daripada menyaksikan aksi juara Bundesliga itu, pelbagai aktiviti menarik berjalan seperti, cabutan bertuah, pameran produk Tiger Balm serta ia dihadiri legenda Harimau Malaya, Datuk Santokh Singh dan Datuk Soh Chin Aun.
Dan tidak dilupakan, ia selaku simbolik melihat Bayern Munich kembali merangkul kejuaraan musim ini.
"Ia berlangsung dengan sangat menarik. Sokongan peminat memang memberangsangkan.
"Kami bukan hanya meraikan aksi Bayern Munich, tapi menguar-uarkan kerjasama produk ikonik Tiger Balm bersama kelab itu," kata Pengurus Tiger Balm Malaysia, Yvonne Teh.

Tiger Balm X Bayern Munich tawar pengalaman tonton aksi bola sepak sambil raikan peminat di Malaysia! ???#NadiWeekend #AstroArena pic.twitter.com/d37ptxGCi7
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 11, 2025