Skip to main content

Bola Sepak

Tiger Balm bawa peminat Bayern Munich ke Allianz Arena

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tiger-balm-bayern-munich.jpg
Kesinambungan daripada pengumuman rakan kongsi Tiger Balm bersama FC Bayern membawa kepada penganjuran perlawanan tiga lawan tiga dan sang juara berkesempatan untuk terbang ke Bayern Munich menyaksikan perlawanan Bundesliga di Allianz Arena.

Persaingan yang bermula hari ini hingga Ahad ini menjadi pentas akhir bagi menentukan juara yang layak diterbangkan ke Munich.

Bagi bekas pemain kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan, ini satu inisiatif untuk mendekatkan lagi sukan bola sepak dengan peminat menerusi program sokongan daripada badan korporat.




"Terima kasih Tiger Balm kerana mengadakan satu acara agar menarik lebih ramai yang baik dan mendekati bola sepak," kata Zainal. 

Tambah Pengurus Haw Par Healthcare (Malaysia), Yvonne Teh: "54 pasukan akan bersaing dan juara berpeluang beraksi di Bayern Munich. 

"Datanglah menyokong dan bermain untuk memenangi pelbagai lagi hadiah menarik." 

Advertisement

Must Watch Video