Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan pihaknya semakin hampir memasuki fasa terakhir sebelum mengumumkan kehadiran pelabur baru yang telah bersiap sedia untuk menaja kancah bola sepak tempatan.
Perkara itu diakui Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam, yang turut memberitahu bahawa badan itu sedang menunggu kertas kerja daripada tiga pelabur terakhir sebelum membuat serahan kepada pengendali Liga Malaysia tersebut.
Jelasnya, identiti pelabur baru hanya bakal terjawab selepas pihak MFL membuat keputusan berdasarkan pilihan terbaik daripada kertas kerja tiga pelabur tersebut setelah dibentangkan kepada penganjur Liga Malaysia itu.
Menurutnya, MFL telah melakukan semua perkara yang sepatutnya serta menilai yang terbaik untuk pelabur-pelabur itu menaja Liga Malaysia serta bekerja keras sepanjang dua bulan lalu setelah penamatan kontrak Telekom Malaysia (TM).
"Satu keputusan yang baik untuk jangka masa panjang bagi bola sepak Malaysia. Sudah tentu kami belum sampai ke pengakhirannya dan ia hanya akan selesai apabila menerima suntikan kewangan yang sepatutnya, di mana tiga pihak yang terakhir itu sedang melakukan persetujuan daripada pihak mereka untuk usul terakhir," katanya.
Beliau menjangka MFL hanya akan memilih satu sahaja daripada tiga pelabur terbabit tetapi tidak menolak kemungkinan peluang untuk ketiga-tiga pelabur terbabit bekerjasama jika ada ruang untuk berbuat demikian.
"Pihak MFL telah mengemukan venue terbaik untuk pelabur ini masuk dan kami bekerja keras selama lebih dua bulan setelah tamat kontrak dengan TM," tambahnya.
"Ia melibatkan tiga usul berasingan dan kami perlu memilih antara mereka. Jika ada ruang untuk melakukan usahasama, sudah tentu kami akan lakukan.
"Apabila perubahan dilakukan, ia akan menjelaskan struktur pelaburan yang baru sehingga dapat menarik minat pelabur ini. Kami semakin hampir untuk menyelesaikan perkara ini," katanya lagi.