Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, akur Pahang pasukan yang jauh lebih baik di laman sendiri ketika pasukannya tewas 0-3 dalam aksi Kumpulan C, Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, malam tadi.
Skuad Tok Gajah itu turun dengan misi menebus kehampaan setelah disingkirkan Perak dalam separuh akhir Piala FA, Jun lalu.
Dengan ditunjangi Dickson Nwakaeme dan Lazarus Kaimbi di bahagian serangan, Pahang lebih agresif pada awal permainan sambil berhati-hati dengan serangan balas Perak.
Skuad kendalian Dollah Salleh itu berada di depan pada minit ke-40 apabila sepakan percuma Nor Azam Azih ditanduk masuk Herold Goulon.
Keghairahan Perak untuk memburu gol penyamaan dalam babak kedua mengundang padah buat mereka.
Saddil Ramdani melebarkan jurang itu selepas menympurnakan lorongan Mohamadou Sumareh pada minit ke-68 sebelum Kaimbi memutlakkan kemenangan Pahang pada minit ke-81.
"Kami melakukan tiga kesalahan dan mereka memperoleh tiga gol.
"Kami memberikan mereka penguasaan permainan, namun Pahang sememangnya pasukan yang baik di laman sendiri.
"Mereka terus menyerang dan ia bukan lah malam kami kali ini," katanya.
Sementara itu, Dollah berpuas hati dengan aksi penuh berdisiplin yang dipamerkan pasukannya.
"Memang kami berpuas hati dan terlepaslah segala bebanan.
"Pujian harus diberikan kepada pemain.
"Kami betul-betul berdisiplin sewaktu bertahan dan melakukan serangan balas pantas.
"Apa yang telah diterapkan dalam latihan telah dibuktikan malam ini," katanya.