Pep Guardiola berkata Manchester City seharusnya melakar kemenangan ke atas Middlesbrough selepas pertembungan di Riverside berakhir dengan keputusan seri 2-2, malam tadi.
City bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk mengutip satu mata di laman lawan dengan Sergio Aguero menyempurnakan sepakan penalti kontroversi dan Gabriel Jesus menanduk masuk gol keempatnya musim ini pada minit ke-85.
Guardiola menjelaskan bahawa dia memilih untuk menurunkan dua pemain penyerang kerana mahu memberi lebih banyak ruang kepada Kevin De Bruyne, dengan bekas pengendali Barcelona dan Bayern itu berasakan pasukan kendaliannya sepatutnya pulang dengan tiga mata.
"Kami meletakkan Sergio dan Gabriel di jentera serangan," kata Guardiola.
"Mengikut kebiasaan, kami menurunkan seorang sahaja pemain penyerang tetapi kali ini saya mahu De Bruyne lebih banyak mengasak.
"Kami sepatutnya menang. Dalam babak kedua, kami melakukan segala-galanya. Mereka hanya mampu melepasi garisan tengah sebanyak dua kali sahaja.
"Dalam tempoh 20 minit pertama, mereka mencipta banyak peluang tetapi babak kedua menjadi milik kami."
Sementara itu, Guardiola enggan mengulas tentang insiden kontroveri melibatkan sepakan penalti apabila Leroy Sane seperti sengaja merebahkan badan selepas mendapat terjahan ringan daripada Merten De Roon.
"Saya enggan bercakap mengenai perkara itu," katanya. "Jika saya tidak merungut tentang sepakan penalti yang diberikan kepada pihak lawan selama ini -- jadi saya enggan bercakap tentang pengadil hari ini."
Keputusan seri itu meletakkan City hanya satu mata di hadapan pasukan jiran, Manchester United, dalam perebutan tempat keempat dan Guardiola akur skuad kendaliannya perlu memenangi kesemua baki tiga perlawanan di laman sendiri -- Crystal Palace, Leicester City dan West Brom -- bagi menentukan masa depan pasukan itu.
"Kemenangan barulah menandakan keputusan yang baik," dia memberitahu wartawan. "Tetapi kami mempamerkan kebangkitan sebanyak dua kali, jadi saya masih berpuas hati.
"Kami juga perlu mengutip tiga mata dalam perlawanan keempat di Watford. Sebelum itu, kami perlu beraksi di laman sendiri sebanyak tiga kali dan selepas itu barulah ia akan menentukan sama ada kami layak ke Liga Juara-Juara Eropah."